Git
Chapters ▾ 2nd Edition

1.4 Untuk Bermula - Barisan Perintah ataupun Command Line

Barisan Perintah ataupun Command Line

Terdapat banyak cara yang berbeza untuk menggunakan Git. Terdapat alat barisan perintan ataupun command-line asal, dan terdapat banyak lagi antara muka pengguna grafikal yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Dalam buku ini, kami akan menggunakan Git bagi barisan perintah. Bagi seseorang, barisan perintah merupakan satu-satunya tempat yang anda boleh menjalankan kesemua perintah Git ataupun Git commands - kebanyakan GUI hanya melaksanakan suatu subset fungsi Git yang separa untuk memudahkan pengguna. Jika anda tahu bahawa bagaimana untuk menjalankan versi barisan perintah, anda mungkin juga dapat mengetahui bagaimana untuk menjalankan versi GUI, sedangkan sebaliknya tidak semestinya benar. Selain itu, sementara pilihan anda mengenai klien grafik adalah masalah cita rasa peribadi, semua pengguna akan mempunyai alat barisan perintah yang telah siap dipasang dan tersedia.

Jadi kami berharap bahawa anda sudah mengetahui cara bagaimana untuk membukakan Terminal di Mac atau Command Prompt ataupun Powershell di Windows. Sekiranya anda tidak tahu apa yang kami bicarakan di sini, anda mungkin perlu berhenti seketika dan membuat penyelidikan dengan cepat supaya anda boleh mengikuti keseluruhan contoh dan penerangan lain dalam buku ini.

scroll-to-top